Monday, April 21, 2014

Lagu #1 | Rast - Hujan Gerimis


Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi

Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya
Tika malam menjelma
Sinarmu menyuluh
Lorong gelita
Bila dewasa
Jadi insan berguna
Taat perintahNya
Sentiasa..

-----------------------------------------------------------------------------------

Desasiswa Aman Damai,
USM, Pulau Pinang.

Imbas Kembali #1 | Hujan Rahmat

Rabu, 29 Februari 2012 | 7 Rabiulakhir 1433 H

Hari ini hari hujan. Ketika aku dalam perjalanan balik ke rumah sewa dari tempat kerja, aku terpaksa harungi air hujan gerimis tanpa sekaki payung. Diri sendiri berasa seolah-olah hujan rahmat sedang menemani atau menguji kesabaran aku. Ya, hujan diturunkan apabila ia sangat-sangat diperlukan atas kuasa-Nya. Subhanallah..! (Maha Suci Allah)

Pada malam kemudian aku sekali lagi menerima nasib yang sama tetapi kali ini sekaki payung yang berwarna merah meneduhi aku daripada terkena air hujan. Saat aku sedang berjalan di jambatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku melihat sesuatu. Satu. Satu insan. Seorang insan istimewa. Insan itu kehilangan deria penglihatan atau buta yang menggunakan sebatang tongkat. Nasib baik ada seorang sanggup memimpinnya dan bawa ke tempat yang hendak ditujukannya. Hatiku benar-benar tersentuh. Rasa kesian memang ada. Hati menangis seketika. Moga Allah sentiasa bersama seorang insan istimewa itu. Adakah aku bersyukur dengan keadaan aku ini? Bersyukurkah aku? Mungkin hujan itu adalah satu hikmah disebalik perasaanku yang terguris. Benar-benar menginsafkan aku. [bermuhasabah]

~ Seorang insan & sebatang alat bantuan ~



Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur.

Saturday, April 12, 2014

Usrah

Salam.. eh. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ehemm.. [membetulkan kerongkong berserak basah]

~ Usrah hinga ke Sorga ~

Usrah. Ehem ehemm... [sekali membetulkan kerongkong]

Sejak aku mula-mula membina blog ini tidak pernah aku selitkan atau nukilkan pasal usrah dalam blog sampai sekarang. Dulu aku selalu tahu main copy paste ilmu agama dalam blog ini. Rasa bersalah kalau tidak share ilmu apa yang telah dipelajari ketika ber'usrah'. Sebak hati dirasanya. Sob!

Okey, aku ingin menceritakan tentang usrah. Banyak ada kelebihannya. Sumpah rasa best. Ana tak tipu punya. Usrah bermaksud keluarga daripada perkataan bahasa Arab. Maksud selain usrah adalah liqo. Usrah ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk. Walaupun sebegitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah. Kan Islam itu mudah? Faedahnya memang ohsem punya. Antara faedah-faedahnya adalah :-

> Boleh membaiki akhlak
> Sama-sama memperbaiki bacaan Al-Quran
> Sama-sama memahami maksud Al-Quran (bertadabbur)
> Sama-sama belajar asas-asas Islam
> dan juga tidak dilupakan iaitu sama-sama mengeratkan silaturahim

Nampak menarik kan? Pada mula-mula aku tidak pernah join usrah dan langsung tak tahu apa itu usrah. Opss nanti aku akan cerita pasal pengalaman aku dalam merasai kemanisan iman, usrah. Bukan sekarang eh.

Oh usrah.... apa yang perlu ada pada usrah? Ok fine, usrah cuma memerlukan naqib (lelaki) / naqibah (perempuan), anggota usrah, topik perbincangan atau silibus dan aktiviti. Naqib ialah pemandu atau mentor bagi usrah. Anggota usrah ialah peserta bagi sesebuah usrah. Topik perbincangan ialah pengisian bagi usrah tersebut. Aktiviti ialah kegiatan di luar usrah. Wahhh macam best je macam menarik je.

Oh usrah... Ada terdapat 3 rukun usrah iaitu At-Taaruf (berkenalan), At-Tafahum (bersefahaman) dan At-Takaful (saling bantu-membantu). Oh patutlah macam pernah dengar word Takaful. Insurans Takaful Malaysia yang menyediakan bantuan kepada para peminjam Islam. Lebih kurang macam tu lah hehe.

Setakat inilah apa yang aku telah faham tentang USRAH. Mohon kalian betulkan kesilapan atau kesalahan aku dalam sepanjang penulisan aku yang tidak seberapa. Semoga Allah memberkati antum (semua).

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh


Batu Pahat,
Johor

Wednesday, April 9, 2014

Akhirnya Aku Kembali Juga

Salam.

Alhamdulillah kerana aku telah diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Agak terlalu lama tidak 'bermain' dengan hobi kegemaran aku ini semenjak masuk alam universiti pada dua tahun yang lepas. Aku telah buang semua post sebelum ini dan ingin menghidupkan atau meng'fresh'kan blog ini. Yeah, aku telah kembali! Aku ingin membina kehidupan baru serentak post baru ini.

I am back

Aku telah kembali...... kerana Allah. inshaAllah. Allahu a'lam. W'salam.


Batu Pahat,
Johor