Tuesday, July 14, 2020

Peminat The Red Devils

Salam.

Memandangkan blog saya mengisahkan tentang kisah saya dan kehidupan saya sepertimana yang dinyatakan dalam keterangan blog saya. Jadi, saya ingin cerita tentang bola sepak. Apa itu bola sepak? Bola sepak adalah sejenis permainan antara dua pasukan yang terdiri daripada sebelas orang pemain. Ia menggunakan padang dengan cara menyepak bola. Saya cuma beritahu kepada kalian khususnya kaum wanita. Jangan terasa. Cuma ajar untuk menambah ilmu. Bukankah hadis telah menyebut bahawa menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim? Ehem... (sambil membela misai)

Semasa di bangku sekolah rendah, saya pernah menyertai pasukan bola sepak sekolah saya. Bermain sebagai pemain pertahanan dan juga pertengahan. Pernah mewakil sekolah dalam peringkat sekolah-sekolah daerah. Tiga kali kalah berturut-turut dalam peringkat kumpulan. Teruk dibelasah secara habis-habisan. Langsung tak pernah ada skor. Zero. Power kan? Haaa sudah. Hahaha.

Bola sepak membuatkan saya rasa minat semakin bertambah. Maka, timbulnya rasa minat terhadap kelab Manchester United yang merupakan sebuah kelab terkenal di England. Malah juga terkenal di dunia kerana pernah memenangi pertandingan UEFA Champions League sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1968, 1999 dan 2008. Hebat kan? Selepas tahun 1999, saya makin tergila-gila dengan persembahan Setan Merah yang gemar melakukan secara serangan bertubi-tubi di atas padang. Masa itu ada beberapa pemain berstatus bintang seperti Peter Schmeichel (penjaga gol), Gary Neville (pertahanan kanan), Roy Keane (pertengahan tengah, kapten), Ryan Giggs (sayap kiri), Andy Cole (penyerang), Dwight Yorke (penyerang) dan paling diminat iaitu David BECKHAM (sayap kanan). Pheewitt.

David Beckham
Hair style dia handsome kan? Hahaha

Pada tahun 2003, Manchester United atau dipanggil sebagai The Red Devils telah jual David Beckham kepada Real Madrid dari negara Spain. Ia memberi satu tamparan agak besar buat para peminat setia termasuk saya. Namun, kehilangan pemain bernombor 7 dapat diganti dengan pemain muda yang berbakat iaitu, Cristiano Ronaldo. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Pemain sayap kanan yang juga berpotensi sebagai penyerang mampu menajamkan serangannya. Ronaldo memakai jersi bernombor 7 ini telah memberi banyak motivasi kepadanya. Nombor keramat itu pernah disarungi beberapa pemain hebat terdahulu seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan D. Beckham.

Ronaldo semakin selesa dengan pasukan merah dibawah pengendali, Sir Alex Ferguson. Saya memang meminati bekas pengurus Alex Ferguson dan juga Ronaldo sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sir Ferguson telah bersara daripada dunia bola sepak sebagai pengurus pada tahun 2013 kerana faktor usia. Manakala Ronaldo hanya dapat bertahan sebagai pemain The Red Devils selama tujuh tahun dari tahun 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke kelab Real Madrid. Kenapa Madrid? Sebab banyak duit nak bida pemain-pemain bintang yang disukai. Hati hancur bagaikan kacang lupakan kulitnya. Huhu...

Cristiano RONALDO 7
Lincah, pantas dan terbaik

Sehingga kini aku masih meminati Ronaldo walaupun beliau kini bermain untuk kelab Juventus dari Italy. Umurnya mencecah ke-35 tahun. Empat tahun lebih tua berbanding saya. So dia abang aku lah sebab nama huruf pertama adalah R kan kahkahkah. Sudah tua tetapi masih berbisa lagi. Kalau bagi saya, antara Ronaldo dan Lionel Messi, saya tetap pilih Ronaldo kerana dia lebih bagus berbanding bintang Barcelona dan Argentina tersebut. Tidak suka atau minat Messi. Entah tak tahu kenapa.

Begitulah kisah bola sepak kelab kegemaran saya ini. Ini tidaklah bermakna saya setia kepada logo Manchester United memaparkan syaitan. Tidak salah sebenarnya jika sekadar suka-suka atau hobi menonton bola di televisyen. Cuma janganlah leka sampai lupa akan perintah Tuhan. Jagalah iman wahai kaki bola terutamanya penulis blog yang menulis ini. Hihihi...

Sekian, selamat malam.


Taman Bukit Perdana,
Batu Pahat, Johor.

Tuesday, July 7, 2020

Keluarga Baru

Bismillah.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menulis blog ini. Sengaja mengambil masa untuk ber'internet' sambil memikirkan tentang cara penulisan. Wajah laman web Blogger agak banyak telah berubah namun aku masih bisa menggunakan. Jadi, mudahlah bagi aku untuk mencipta pos baru. Pada malam ini, aku nak tulis tentang keluarga aku yang baru. Ringkas sahaja.

Ya, aku sudah berkahwin pada lima tahun yang lalu. Memiliki seorang anak perempuan yang comel belaka. Alhamdulillah. Isteri aku berasal dari Sabah. Keturunan daripada bangsa Kadazan. Bermakna anak aku berdarah campuran iaitu Melayu dan Kadazan. Masya-Allah, unik kan? Oh ya lupa. Nama isteri aku ialah Nur Hidayah. Nama panggilan Hidayah. Dia merupakan seorang mualaf. Dia memeluki Islam sejak sepuluh tahun yang lalu. Agama asalnya, Kristian. Tak sangka Redha dapat Hidayah. Insaf bah. Hehe. Kalian faham tak? Hehe. (senyum kambing).

Kini cerita tentang anak aku pula. Aku mengambil nama sempena ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang sangat dihormati oleh Islam mahupun Kristian. Wallahua'lam. Oleh sebab Islam menggalakkan ambil nama yang baik untuk bayi, maka nama perlu ada menggambarkan seseorang serta sifat yang baik. Kami pun letaklah Maryam Jameelah yang kini berusia tiga tahun. Tumbesaran Maryam makin membesar, masya-Allah. Rindu akan Maryam masa bayi. Huhu. Rasanya setakat inilah aku menulis ini. Maryam tak tidur lagi dan ajak aku tidur sekali pula.

Ini Keluarga Aku
Redha
 | Maryam | Hidayah

Sudah lihat gambar di atas, kan? Maryam comel kan. Hehe. Okay, itu sahaja sempat bercerita dengan anda semua mengenai keluarga bahagia yang tak seberapa ini. Sekian, selamat malam. Salam!


Batu Pahat,
Johor.