Wednesday, December 10, 2014

Bawa Bertenanglah!

Stress... stress... stress... hey sila bawa bertenanglah sikit boleh?

Haa itulah kau... Assignment selalu berlengah-lengah... Inilah padahnya kalau tak hantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Nak salahkan kat siapa? Pensyarah? Uitt tak baik cakap macam tu. Mohon patahkan jari telunjuk kau yang nakal sungguh tu. Ehh... >.<


Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

Sunday, June 1, 2014

Lagu #2 | Imam Muda Asyraf - Ummi



Ummi...

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
Wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
Wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi namamu yang ku seru
Itulah kalimah terawalku
Dalam pelukanmu ku tangiskan
Begitu diriku memerlukanmu

Ummi wahai jiwaku hidupku
Berkorban hidup membesarkanku
Di bahumu tempat ku mengadu
Di mana jua setiap waktu

Usah dilinangkan air matamu
Menahan pedih dosa-dosaku
Ummi hatimu takkan ku luka
Tanpa redhamu tiadalah syurga

Ummi...

Ya Allah pada-Mu ku memohon
Dosa-dosa ummi moga diampun
Permudahkan jalannya ke syurga
Dunia akhirat dalam bahagia

Amin...
Rabbal 'alamin

Ummi...

-----------------------------------------------------------------------------------

Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

Saturday, May 31, 2014

Imbas Kembali #2 | Bilamana Senior Menegur Junior

Selasa | 28 Jun 2011 bersamaan 26 Rejab 1432 H


Tadi ada seorang abang senior berbual dengan aku melalui chit chat (online). Aku panggil dia sebagai abang kerana dia lebih tua daripada aku sewaktu belajar di politeknik dulu. Dan dia senior aku juga. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata keramat abang itu. Ya, benda yang dah berlalu biarlah ia berlalu dan ambil perkara yang jernih agar menguatkan lagi semangat aku. Cett....

Gambar hiasan sahaja.
Junior vs Senior


**** Sebuah dialog semasa di politeknik yang tercinta ****


"Awak mahu berhenti ke?!", tanya senior.


"Ya. Saya berasa sangat tertekan ini", jawap aku yang bergelar junior femes masa itu. Okey silakan gelak geli -_-  [facepalm]


"Kenapa mahu berhenti? Rugi betul kalau awak berhenti belajar sini!", ujar tegas senior semester 5 ketika itu.


Aku terdiam seketika. Kata-kata senior telah mengalutkan fikiran aku. Tiupan angin kencang kian melaju. Suasana di Johor Bahru amat panas terik dan mengheningkan perasaan kami berdua. Abang menarik nafas panjang. Kedua-dua tangan juniornya (aku) saling berpegang rapat antara satu sama yang lain sambil memandang muka abang yang begitu teramat kecewa.


"Sebab saya tidak biasa belajar disini. Lagipun saya tak berminat bidang yang saya ceburi sekarang. Saya ingin berhenti dan mahu sambung belajar tingkatan 6. Mahu ambil STPM", kata aku yang jujur. Ya jujur sangat sampai terluah pula. Opss, astaghfirullah'halazim. [menggeleng kepala]


"Abang tahu awak tidak biasa duduk kelas normal, kan? Dengarlah cakap abang ini. Awak tahu tak, STPM itu sangat susah! Lihat kat kawan-kawan saya di sekolah abang, ramai dapat keputusan yang teruk. Kawan abang kata sangat susah. Tapi hanya seorang kawan mendapat keputusan yang baik. Susah, kan? Lagipun, masa tempoh STPM sangat pendek sahaja. Awak diploma cuma tiga tahun sahaja. Ini dikira awak bernasib baik la sebab awak dapat belajar disini", kata abang lagi dan cuba menyakinkan aku.


Aku masih terus berdiam sambil mendengar dan membenarkan kata-kata abang senior itu. Fuhh tiba-tiba hati aku mulai panas sampai badan berpeluh. Nasib baik air peluh tak tumpah di mana-mana. Terlebih pakai baju dalam kot. Haha... Muka dia pada mula-mula nampak kecewa kini menjadi serius seperti tidak inginkan melihat aku tinggalkan politeknik. Kerana dia tahu aku mungkin ada berpotensi menjadi designer sekiranya aku berjaya menghabiskan tempoh 'sisa-sisa' selama tiga tahun. Aku sedar apa yang abang telah katakan itu agak betul dan bernas sekali. Namun, aku masih bingung dan semakin tidak tentu arah masa itu. Amat payah kalau memikirkan sesuatu perkara yang begitu rumit dalam kehidupan aku. Seolah-olah aku tiada matlamat apa yang aku mahukan. Ya, aku lupa apa matlamat aku sebenar. Well, dulu mula-mula aku berhajat nak jadi seorang expert komputer. Sejak berada di form 4 & 5 dulu, cita-cita ingin menjadi seorang guru pendidikan khas sekali pula timbul dalam hatiku yang sedang menggoyahkan ketika itu. Wahai budak sengal ini........ Ish ish ish. [menggeleng kepala + facepalm]


"Saya faham STPM itu memang sangat susah. Tapi apa salahnya jika saya tak cuba dulu? Kita belum cuba belum tahu, kan? Saya yakin boleh cuba walaupun sedar akan betapa susahnya soalannya", kata lebar aku. Penuh dengan yakin diri sendiri. Itulah aku sebenarnya. Cett poyo semata-mata. Harap anda tak gelak.


Si senior menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sudah putus asa untuk memberi nasihat kepada aku lagi. Aku faham akan perasaan abang itu. Apa pun tak boleh. Semua itu adalah ketentuan aku sendiri. Cett.. Kemudian, aku memerhatikan gerak geri wajah dia dari pandangan yang dekat. Montelnya muka abam. Amboi... Opss!


"Aduh. So, dimanakah kau mahu belajar nanti?", tanya senior dengan wajah agak kesal.


"Di sekolah Penang!", pantas jawap aku yang baru sahaja semester satu bernada begitu semangat. Mudah. Simple. Ehem..


Jujurnya, aku pernah mendapat tawaran sambung belajar STPM dari SMK Skudai di Skudai yang terletak di pertengahan Johor Bahru. Tetapi aku tidak mahu belajar di sana. Sebaliknya, ingin menukarkan diri berpindah ke Penang. Masa itu aku belum masuk politeknik lagi. Tidak lama kemudian, abang yang wajahnya kesal kini telah bertukar kepada sedikit ceria walaupun hatinya mungkin kecewa. Maafkan aku!


"Oh, okey tak apa. Abang berharap awak tidak akan menyesal selepas ini nanti. Juga berharap semoga awak berjaya dalam kehidupan awak kelak. Kalau boleh, fikir dengan masak-masak, ya", kata-kata harapan dia lalu berpegang atas sebelah kiri bahu aku. Perghhh tersentuh dirasanya. Sobs! Ehh ore laki takleh nangis-nangis. Malu kaw.. [loghat tak betul]

Allahuakbar Allahuakbar.... Allahuakbar Allahuakbar... Ashhadu alla ilaha illallah.... Ashhadu alla ilaha illallah.... [azan sedang dilaungkan dari masjid]

Sejak itu, kedengaran azan solat Jumaat telah berkumandang yang agak kuat didengari warga politeknik termasuk para penghuni asrama yang sangat dekat dari masjid kepunyaan politeknik. Selepas itu, abang itu bangun dan meminta diri dan meninggalkan bilik asrama aku setelah bersalaman saya. Lalu aku duduk di atas katil sambil berfikir selepas peristiwa tadi. Fikir masak-masak bagi memastikan aku tidak silap langkah kemudian. Kata-kata abang senior itu telah membuatkan hati aku menjadi resah. Untuk menenangkan jiwa yang dikacau-bilau, lantas aku meninggalkan asrama dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya solat itu dapat menjiwakan kekotoran hati seseorang, allahua'alam... [bermuhasabah diri]


**** Tamat ****



Batu Pahat,
Johor.

Sunday, May 11, 2014

Serba Salah

Kuih cincin dalam sebalang.


wahai manusia... manusia...
kadang kala manusia sering melakukan kesilapan...
dari mana datangnya kesilapan manusia ini...
adakah ini dek nafsu yang berjaya mengalahkan jiwa iman mereka...
wahai manusia...
sedarkanlah diri wahai manusia...

p/s : ada baiknya kesilapan ini boleh menginsafkan diri sendiri sampai rindu nak makan kueh cincin. Ehhh?!


Desasiswa Aman Damai,
USM, Pulau Pinang.

Monday, April 21, 2014

Lagu #1 | Rast - Hujan Gerimis


Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi

Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya
Tika malam menjelma
Sinarmu menyuluh
Lorong gelita
Bila dewasa
Jadi insan berguna
Taat perintahNya
Sentiasa..

-----------------------------------------------------------------------------------

Desasiswa Aman Damai,
USM, Pulau Pinang.

Imbas Kembali #1 | Hujan Rahmat

Rabu, 29 Februari 2012 | 7 Rabiulakhir 1433 H

Hari ini hari hujan. Ketika aku dalam perjalanan balik ke rumah sewa dari tempat kerja, aku terpaksa bermandi dengan hujan gerimis tanpa sekaki payung. Diri sendiri berasa seolah-olah hujan rahmat sedang menemani atau menguji kesabaran aku. Ya, hujan diturunkan apabila ia sangat-sangat diperlukan atas kuasa-Nya. Subhanallah..! (Maha Suci Allah)

Malam ini aku sekali lagi menerima nasib yang sama tetapi kali ini sekaki payung yang berwarna merah telah dapat meneduhi aku daripada berbasah hujan. Saat aku sedang berjalan di jambatan Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku melihat sesuatu. Satu. Satu insan. Seorang insan istimewa. Insan itu kehilangan deria penglihatan (buta) yang menggunakan sebatang tongkat. Nasib baik ada seorang sanggup memimpinnya dan bawa ke tempat yang hendak ditujukannya. Hatiku benar-benar tersentuh. Hati menangis seketika. Moga Allah sentiasa bersama seorang insan istimewa itu. Adakah aku bersyukur dengan keadaan aku ini? Bersyukurkah aku? Nampaknya mungkin hujan itu satu hikmah disebalik perasaanku. Benar-benar menginsafkan aku. [bermuhasabah]

~ Seorang insan & sebatang alat bantuan ~



Bandar Sri Permaisuri,
Cheras, Kuala Lumpur.

Saturday, April 12, 2014

Usrah

Salam.. eh. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ehemm.. [membetulkan kerongkong berserak basah]

~ Usrah hinga ke Sorga ~

Usrah. Ehem ehemm... [sekali membetulkan kerongkong]

Sejak aku mula-mula membina blog ini tidak pernah aku selitkan atau nukilkan pasal usrah dalam blog sampai sekarang. Dulu aku selalu tahu main copy paste ilmu agama dalam blog ini. Rasa bersalah kalau tidak share ilmu apa yang telah dipelajari ketika ber'usrah'. Sebak hati dirasanya. Sob!

Okey, aku ingin menceritakan tentang usrah. Banyak ada kelebihannya. Sumpah rasa best. Ana tak tipu punya. Usrah bermaksud keluarga daripada perkataan bahasa Arab. Maksud selain usrah adalah liqo. Usrah ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk. Walaupun sebegitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah. Kan Islam itu mudah? Faedahnya memang ohsem punya. Antara faedah-faedahnya adalah :-

> Boleh membaiki akhlak
> Sama-sama memperbaiki bacaan Al-Quran
> Sama-sama memahami maksud Al-Quran (bertadabbur)
> Sama-sama belajar asas-asas Islam
> dan juga tidak dilupakan iaitu sama-sama mengeratkan silaturahim

Nampak menarik kan? Pada mula-mula aku tidak pernah join usrah dan langsung tak tahu apa itu usrah. Opss nanti aku akan cerita pasal pengalaman aku dalam merasai kemanisan iman, usrah. Bukan sekarang eh.

Oh usrah.... apa yang perlu ada pada usrah? Ok fine, usrah cuma memerlukan naqib (lelaki) / naqibah (perempuan), anggota usrah, topik perbincangan atau silibus dan aktiviti. Naqib ialah pemandu atau mentor bagi usrah. Anggota usrah ialah peserta bagi sesebuah usrah. Topik perbincangan ialah pengisian bagi usrah tersebut. Aktiviti ialah kegiatan di luar usrah. Wahhh macam best je macam menarik je.

Oh usrah... Ada terdapat 3 rukun usrah iaitu At-Taaruf (berkenalan), At-Tafahum (bersefahaman) dan At-Takaful (saling bantu-membantu). Oh patutlah macam pernah dengar word Takaful. Insurans Takaful Malaysia yang menyediakan bantuan kepada para peminjam Islam. Lebih kurang macam tu lah hehe.

Setakat inilah apa yang aku telah faham tentang USRAH. Mohon kalian betulkan kesilapan atau kesalahan aku dalam sepanjang penulisan aku yang tidak seberapa. Semoga Allah memberkati antum (semua).

Walaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh


Batu Pahat,
Johor

Wednesday, April 9, 2014

Akhirnya Aku Kembali Juga

Salam.

Alhamdulillah kerana aku telah diberi peluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog ini. Agak terlalu lama tidak 'bermain' dengan hobi kegemaran aku ini semenjak masuk alam universiti pada dua tahun yang lepas. Aku telah buang semua post sebelum ini dan ingin menghidupkan atau meng'fresh'kan blog ini. Yeah, aku telah kembali! Aku ingin membina kehidupan baru serentak post baru ini.

I am back

Aku telah kembali...... kerana Allah. inshaAllah. Allahu a'lam. W'salam.


Batu Pahat,
Johor