Saturday, May 31, 2014

Imbas Kembali #2 | Bilamana Senior Menegur Junior

Selasa | 28 Jun 2011 bersamaan 26 Rejab 1432 H


Tadi ada seorang abang senior berbual dengan aku melalui chit chat (online). Aku panggil dia sebagai abang kerana dia lebih tua daripada aku sewaktu belajar di politeknik dulu. Dan dia senior aku juga. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata keramat abang itu. Ya, benda yang dah berlalu biarlah ia berlalu dan ambil perkara yang jernih agar menguatkan lagi semangat aku. Cett....

Gambar hiasan sahaja.
Junior vs Senior


**** Sebuah dialog semasa di politeknik yang tercinta ****


"Awak mahu berhenti ke?!", tanya senior.


"Ya. Saya berasa sangat tertekan ini", jawap aku yang bergelar junior femes masa itu. Okey silakan gelak geli -_-  [facepalm]


"Kenapa mahu berhenti? Rugi betul kalau awak berhenti belajar sini!", ujar tegas senior semester 5 ketika itu.


Aku terdiam seketika. Kata-kata senior telah mengalutkan fikiran aku. Tiupan angin kencang kian melaju. Suasana di Johor Bahru amat panas terik dan mengheningkan perasaan kami berdua. Abang menarik nafas panjang. Kedua-dua tangan juniornya (aku) saling berpegang rapat antara satu sama yang lain sambil memandang muka abang yang begitu teramat kecewa.


"Sebab saya tidak biasa belajar disini. Lagipun saya tak berminat bidang yang saya ceburi sekarang. Saya ingin berhenti dan mahu sambung belajar tingkatan 6. Mahu ambil STPM", kata aku yang jujur. Ya jujur sangat sampai terluah pula. Opss, astaghfirullah'halazim. [menggeleng kepala]


"Abang tahu awak tidak biasa duduk kelas normal, kan? Dengarlah cakap abang ini. Awak tahu tak, STPM itu sangat susah! Lihat kat kawan-kawan saya di sekolah abang, ramai dapat keputusan yang teruk. Kawan abang kata sangat susah. Tapi hanya seorang kawan mendapat keputusan yang baik. Susah, kan? Lagipun, masa tempoh STPM sangat pendek sahaja. Awak diploma cuma tiga tahun sahaja. Ini dikira awak bernasib baik la sebab awak dapat belajar disini", kata abang lagi dan cuba menyakinkan aku.


Aku masih terus berdiam sambil mendengar dan membenarkan kata-kata abang senior itu. Fuhh tiba-tiba hati aku mulai panas sampai badan berpeluh. Nasib baik air peluh tak tumpah di mana-mana. Terlebih pakai baju dalam kot. Haha... Muka dia pada mula-mula nampak kecewa kini menjadi serius seperti tidak inginkan melihat aku tinggalkan politeknik. Kerana dia tahu aku mungkin ada berpotensi menjadi designer sekiranya aku berjaya menghabiskan tempoh 'sisa-sisa' selama tiga tahun. Aku sedar apa yang abang telah katakan itu agak betul dan bernas sekali. Namun, aku masih bingung dan semakin tidak tentu arah masa itu. Amat payah kalau memikirkan sesuatu perkara yang begitu rumit dalam kehidupan aku. Seolah-olah aku tiada matlamat apa yang aku mahukan. Ya, aku lupa apa matlamat aku sebenar. Well, dulu mula-mula aku berhajat nak jadi seorang expert komputer. Sejak berada di form 4 & 5 dulu, cita-cita ingin menjadi seorang guru pendidikan khas sekali pula timbul dalam hatiku yang sedang menggoyahkan ketika itu. Wahai budak sengal ini........ Ish ish ish. [menggeleng kepala + facepalm]


"Saya faham STPM itu memang sangat susah. Tapi apa salahnya jika saya tak cuba dulu? Kita belum cuba belum tahu, kan? Saya yakin boleh cuba walaupun sedar akan betapa susahnya soalannya", kata lebar aku. Penuh dengan yakin diri sendiri. Itulah aku sebenarnya. Cett poyo semata-mata. Harap anda tak gelak.


Si senior menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sudah putus asa untuk memberi nasihat kepada aku lagi. Aku faham akan perasaan abang itu. Apa pun tak boleh. Semua itu adalah ketentuan aku sendiri. Cett.. Kemudian, aku memerhatikan gerak geri wajah dia dari pandangan yang dekat. Montelnya muka abam. Amboi... Opss!


"Aduh. So, dimanakah kau mahu belajar nanti?", tanya senior dengan wajah agak kesal.


"Di sekolah Penang!", pantas jawap aku yang baru sahaja semester satu bernada begitu semangat. Mudah. Simple. Ehem..


Jujurnya, aku pernah mendapat tawaran sambung belajar STPM dari SMK Skudai di Skudai yang terletak di pertengahan Johor Bahru. Tetapi aku tidak mahu belajar di sana. Sebaliknya, ingin menukarkan diri berpindah ke Penang. Masa itu aku belum masuk politeknik lagi. Tidak lama kemudian, abang yang wajahnya kesal kini telah bertukar kepada sedikit ceria walaupun hatinya mungkin kecewa. Maafkan aku!


"Oh, okey tak apa. Abang berharap awak tidak akan menyesal selepas ini nanti. Juga berharap semoga awak berjaya dalam kehidupan awak kelak. Kalau boleh, fikir dengan masak-masak, ya", kata-kata harapan dia lalu berpegang atas sebelah kiri bahu aku. Perghhh tersentuh dirasanya. Sobs! Ehh ore laki takleh nangis-nangis. Malu kaw.. [loghat tak betul]

Allahuakbar Allahuakbar.... Allahuakbar Allahuakbar... Ashhadu alla ilaha illallah.... Ashhadu alla ilaha illallah.... [azan sedang dilaungkan dari masjid]

Sejak itu, kedengaran azan solat Jumaat telah berkumandang yang agak kuat didengari warga politeknik termasuk para penghuni asrama yang sangat dekat dari masjid kepunyaan politeknik. Selepas itu, abang itu bangun dan meminta diri dan meninggalkan bilik asrama aku setelah bersalaman saya. Lalu aku duduk di atas katil sambil berfikir selepas peristiwa tadi. Fikir masak-masak bagi memastikan aku tidak silap langkah kemudian. Kata-kata abang senior itu telah membuatkan hati aku menjadi resah. Untuk menenangkan jiwa yang dikacau-bilau, lantas aku meninggalkan asrama dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya solat itu dapat menjiwakan kekotoran hati seseorang, allahua'alam... [bermuhasabah diri]


**** Tamat ****



Batu Pahat,
Johor.

No comments: