Wednesday, July 5, 2023

Sebenarnya...

Sebenarnya...,

aku sangat rindu arwah Abah.

T_T




Sri Gading,

Batu Pahat, Johor.

Thursday, February 4, 2021

Teringin sangat!

Selama ini...
Ku mencari-cari...
Teman yang sejati...
bla bla bla... (sambil mendegar lagu nasyid kegemaranku).

Winamp memang legend haha.

Tiba-tiba timbul sesuatu yang bermain di dalam minda aku. Sesuatu yang asyik tidak kesempatan untuk menghasilkan sesuatu benda. Ya, lagu itu. Otak sudah lama tersemat dengan lagu terbaik dalam sepanjang zaman aku iaitu, Teman Sejati. Lagu Teman Sejati dinyanyikan oleh kumpulan Brothers. Kini semakin banyak orang sudah buat video lagu nasyid atau bukan nasyid yang menggunakan bahasa isyarat ini diviralkan di media massa seperti Facebook, Youtube, TikTok dan sebagainya. Cuma lagu Teman Sejati belum ada isyaratnya. Mungkinkah peluang itu hanya untuk aku? Atau patutkah tunggu orang lain rembat dulu? Arghh.. (gatal kepala sambil layan Brothers secara berulang-ulang)

Buku BIM Jilid Pertama. Study agar tak salah!

Menghafal liriknya agak mudah tetapi bila cuba nyanyi tidak betul. Cis!

Dulu pernah ada niat ingin menghasilkan sebuah lagu nasyid dalam bentuk Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Namun keinginan aku selalu tangguh secara berlarutan. Sampai bila-bila masa pun tidak buat lagi. Sungguh lama. Betapa sengsara dibuatnya. Hehe.

Rasa tercabar dibuatnya hahaha 😝

Kini aku cuba jadi serius untuk menghasilkan video lagu nasyid yang akan memaparkan bahasa isyarat. Dan pasti akan ditonton oleh orang ramai pada satu hari nanti. Tolong doakan agar penundaan tidak berlanjutan lagi, insha-Allah. Teringin sangat! Ngaumm!

Nantikan kemunculan video lagu aku yeee!!! Good night...🛌💤


Taman Bukit Perdana 2,
Batu Pahat, Johor.

Tuesday, July 14, 2020

Peminat The Red Devils

Salam.

Memandangkan blog saya mengisahkan tentang kisah saya dan kehidupan saya sepertimana yang dinyatakan dalam keterangan blog saya. Jadi, saya ingin cerita tentang bola sepak. Apa itu bola sepak? Bola sepak adalah sejenis permainan antara dua pasukan yang terdiri daripada sebelas orang pemain. Ia menggunakan padang dengan cara menyepak bola. Saya cuma beritahu kepada kalian khususnya kaum wanita. Jangan terasa. Cuma ajar untuk menambah ilmu. Bukankah hadis telah menyebut bahawa menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim? Ehem... (sambil membela misai)

Semasa di bangku sekolah rendah, saya pernah menyertai pasukan bola sepak sekolah saya. Bermain sebagai pemain pertahanan dan juga pertengahan. Pernah mewakil sekolah dalam peringkat sekolah-sekolah daerah. Tiga kali kalah berturut-turut dalam peringkat kumpulan. Teruk dibelasah secara habis-habisan. Langsung tak pernah ada skor. Zero. Power kan? Haaa sudah. Hahaha.

Bola sepak membuatkan saya rasa minat semakin bertambah. Maka, timbulnya rasa minat terhadap kelab Manchester United yang merupakan sebuah kelab terkenal di England. Malah juga terkenal di dunia kerana pernah memenangi pertandingan UEFA Champions League sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1968, 1999 dan 2008. Hebat kan? Selepas tahun 1999, saya makin tergila-gila dengan persembahan Setan Merah yang gemar melakukan secara serangan bertubi-tubi di atas padang. Masa itu ada beberapa pemain berstatus bintang seperti Peter Schmeichel (penjaga gol), Gary Neville (pertahanan kanan), Roy Keane (pertengahan tengah, kapten), Ryan Giggs (sayap kiri), Andy Cole (penyerang), Dwight Yorke (penyerang) dan paling diminat iaitu David BECKHAM (sayap kanan). Pheewitt.

David Beckham
Hair style dia handsome kan? Hahaha

Pada tahun 2003, Manchester United atau dipanggil sebagai The Red Devils telah jual David Beckham kepada Real Madrid dari negara Spain. Ia memberi satu tamparan agak besar buat para peminat setia termasuk saya. Namun, kehilangan pemain bernombor 7 dapat diganti dengan pemain muda yang berbakat iaitu, Cristiano Ronaldo. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Pemain sayap kanan yang juga berpotensi sebagai penyerang mampu menajamkan serangannya. Ronaldo memakai jersi bernombor 7 ini telah memberi banyak motivasi kepadanya. Nombor keramat itu pernah disarungi beberapa pemain hebat terdahulu seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona dan D. Beckham.

Ronaldo semakin selesa dengan pasukan merah dibawah pengendali, Sir Alex Ferguson. Saya memang meminati bekas pengurus Alex Ferguson dan juga Ronaldo sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sir Ferguson telah bersara daripada dunia bola sepak sebagai pengurus pada tahun 2013 kerana faktor usia. Manakala Ronaldo hanya dapat bertahan sebagai pemain The Red Devils selama tujuh tahun dari tahun 2003 hingga 2009 sebelum berhijrah ke kelab Real Madrid. Kenapa Madrid? Sebab banyak duit nak bida pemain-pemain bintang yang disukai. Hati hancur bagaikan kacang lupakan kulitnya. Huhu...

Cristiano RONALDO 7
Lincah, pantas dan terbaik

Sehingga kini aku masih meminati Ronaldo walaupun beliau kini bermain untuk kelab Juventus dari Italy. Umurnya mencecah ke-35 tahun. Empat tahun lebih tua berbanding saya. So dia abang aku lah sebab nama huruf pertama adalah R kan kahkahkah. Sudah tua tetapi masih berbisa lagi. Kalau bagi saya, antara Ronaldo dan Lionel Messi, saya tetap pilih Ronaldo kerana dia lebih bagus berbanding bintang Barcelona dan Argentina tersebut. Tidak suka atau minat Messi. Entah tak tahu kenapa.

Begitulah kisah bola sepak kelab kegemaran saya ini. Ini tidaklah bermakna saya setia kepada logo Manchester United memaparkan syaitan. Tidak salah sebenarnya jika sekadar suka-suka atau hobi menonton bola di televisyen. Cuma janganlah leka sampai lupa akan perintah Tuhan. Jagalah iman wahai kaki bola terutamanya penulis blog yang menulis ini. Hihihi...

Sekian, selamat malam.


Taman Bukit Perdana,
Batu Pahat, Johor.

Tuesday, July 7, 2020

Keluarga Baru

Bismillah.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk menulis blog ini. Sengaja mengambil masa untuk ber'internet' sambil memikirkan tentang cara penulisan. Wajah laman web Blogger agak banyak telah berubah namun aku masih bisa menggunakan. Jadi, mudahlah bagi aku untuk mencipta pos baru. Pada malam ini, aku nak tulis tentang keluarga aku yang baru. Ringkas sahaja.

Ya, aku sudah berkahwin pada lima tahun yang lalu. Memiliki seorang anak perempuan yang comel belaka. Alhamdulillah. Isteri aku berasal dari Sabah. Keturunan daripada bangsa Kadazan. Bermakna anak aku berdarah campuran iaitu Melayu dan Kadazan. Masya-Allah, unik kan? Oh ya lupa. Nama isteri aku ialah Nur Hidayah. Nama panggilan Hidayah. Dia merupakan seorang mualaf. Dia memeluki Islam sejak sepuluh tahun yang lalu. Agama asalnya, Kristian. Tak sangka Redha dapat Hidayah. Insaf bah. Hehe. Kalian faham tak? Hehe. (senyum kambing).

Kini cerita tentang anak aku pula. Aku mengambil nama sempena ibu kepada Nabi Isa iaitu Maryam yang sangat dihormati oleh Islam mahupun Kristian. Wallahua'lam. Oleh sebab Islam menggalakkan ambil nama yang baik untuk bayi, maka nama perlu ada menggambarkan seseorang serta sifat yang baik. Kami pun letaklah Maryam Jameelah yang kini berusia tiga tahun. Tumbesaran Maryam makin membesar, masya-Allah. Rindu akan Maryam masa bayi. Huhu. Rasanya setakat inilah aku menulis ini. Maryam tak tidur lagi dan ajak aku tidur sekali pula.

Ini Keluarga Aku
Redha
 | Maryam | Hidayah

Sudah lihat gambar di atas, kan? Maryam comel kan. Hehe. Okay, itu sahaja sempat bercerita dengan anda semua mengenai keluarga bahagia yang tak seberapa ini. Sekian, selamat malam. Salam!


Batu Pahat,
Johor.

Thursday, November 14, 2019

Rindu Menulis

Bismillah...

Hampir lima tahun tidak menulis blog ini sejak menamatkan pengajian sarjana muda dan telah mempunyai sebuah baitulmuslim (rumah tangga) yang terbina pada tahun 2015 yang lalu. Kesibukan sebagai seorang suami dan ayah selama inilah yang menyebabkan blog ini senyap dan berhabuk. Kali terakhir post yang telah diterbitkan pada 10 Disember 2014. Sangat lama dan berdebu.

Kini alhamdulillah, aku mengambil kesempatan masa untuk mengasahkan penulisan blog ini. Banyak yang aku telah lupa beberapa perkataan kerana daya ingatan aku agak lemah. Mungkin faktor usia. Mungkinlah. Huhu..

Bagaimanapun, aku akan bergiat dalam penulisan kerana ia sememang hobi saya. Banyak benda yang mahu diceritakan dalam blog ini. Semoga apa yang aku bakal tulis ini dapat menghidupkan impian aku ini dapat menjadi kenyataan. Insha-Allah. Sumpah rindu mahu menulis lagi! (bersemangat)


Rumah Ibu & Abah,
Batu Pahat, Johor.

Wednesday, December 10, 2014

Bawa Bertenanglah!

Stress... stress... stress... hey sila bawa bertenanglah sikit boleh?

Haa itulah kau... Assignment selalu berlengah-lengah... Inilah padahnya kalau tak hantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Nak salahkan kat siapa? Pensyarah? Uitt tak baik cakap macam tu. Mohon patahkan jari telunjuk kau yang nakal sungguh tu. Ehh... >.<


Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

Sunday, June 1, 2014

Lagu #2 | Imam Muda Asyraf - Ummi



Ummi...

Ummi yaa lahnan a'syaqohu
Wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
Wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi namamu yang ku seru
Itulah kalimah terawalku
Dalam pelukanmu ku tangiskan
Begitu diriku memerlukanmu

Ummi wahai jiwaku hidupku
Berkorban hidup membesarkanku
Di bahumu tempat ku mengadu
Di mana jua setiap waktu

Usah dilinangkan air matamu
Menahan pedih dosa-dosaku
Ummi hatimu takkan ku luka
Tanpa redhamu tiadalah syurga

Ummi...

Ya Allah pada-Mu ku memohon
Dosa-dosa ummi moga diampun
Permudahkan jalannya ke syurga
Dunia akhirat dalam bahagia

Amin...
Rabbal 'alamin

Ummi...

-----------------------------------------------------------------------------------

Desasiswa Aman Damai USM,
Penang.

Saturday, May 31, 2014

Imbas Kembali #2 | Bilamana Senior Menegur Junior

Selasa | 28 Jun 2011 bersamaan 26 Rejab 1432 H


Tadi ada seorang abang senior berbual dengan aku melalui chit chat (online). Aku panggil dia sebagai abang kerana dia lebih tua daripada aku sewaktu belajar di politeknik dulu. Dan dia senior aku juga. Tiba-tiba aku teringat akan kata-kata keramat abang itu. Ya, benda yang dah berlalu biarlah ia berlalu dan ambil perkara yang jernih agar menguatkan lagi semangat aku. Cett....

Gambar hiasan sahaja.
Junior vs Senior


**** Sebuah dialog semasa di politeknik yang tercinta ****


"Awak mahu berhenti ke?!", tanya senior.


"Ya. Saya berasa sangat tertekan ini", jawap aku yang bergelar junior femes masa itu. Okey silakan gelak geli -_-  [facepalm]


"Kenapa mahu berhenti? Rugi betul kalau awak berhenti belajar sini!", ujar tegas senior semester 5 ketika itu.


Aku terdiam seketika. Kata-kata senior telah mengalutkan fikiran aku. Tiupan angin kencang kian melaju. Suasana di Johor Bahru amat panas terik dan mengheningkan perasaan kami berdua. Abang menarik nafas panjang. Kedua-dua tangan juniornya (aku) saling berpegang rapat antara satu sama yang lain sambil memandang muka abang yang begitu teramat kecewa.


"Sebab saya tidak biasa belajar disini. Lagipun saya tak berminat bidang yang saya ceburi sekarang. Saya ingin berhenti dan mahu sambung belajar tingkatan 6. Mahu ambil STPM", kata aku yang jujur. Ya jujur sangat sampai terluah pula. Opss, astaghfirullah'halazim. [menggeleng kepala]


"Abang tahu awak tidak biasa duduk kelas normal, kan? Dengarlah cakap abang ini. Awak tahu tak, STPM itu sangat susah! Lihat kat kawan-kawan saya di sekolah abang, ramai dapat keputusan yang teruk. Kawan abang kata sangat susah. Tapi hanya seorang kawan mendapat keputusan yang baik. Susah, kan? Lagipun, masa tempoh STPM sangat pendek sahaja. Awak diploma cuma tiga tahun sahaja. Ini dikira awak bernasib baik la sebab awak dapat belajar disini", kata abang lagi dan cuba menyakinkan aku.


Aku masih terus berdiam sambil mendengar dan membenarkan kata-kata abang senior itu. Fuhh tiba-tiba hati aku mulai panas sampai badan berpeluh. Nasib baik air peluh tak tumpah di mana-mana. Terlebih pakai baju dalam kot. Haha... Muka dia pada mula-mula nampak kecewa kini menjadi serius seperti tidak inginkan melihat aku tinggalkan politeknik. Kerana dia tahu aku mungkin ada berpotensi menjadi designer sekiranya aku berjaya menghabiskan tempoh 'sisa-sisa' selama tiga tahun. Aku sedar apa yang abang telah katakan itu agak betul dan bernas sekali. Namun, aku masih bingung dan semakin tidak tentu arah masa itu. Amat payah kalau memikirkan sesuatu perkara yang begitu rumit dalam kehidupan aku. Seolah-olah aku tiada matlamat apa yang aku mahukan. Ya, aku lupa apa matlamat aku sebenar. Well, dulu mula-mula aku berhajat nak jadi seorang expert komputer. Sejak berada di form 4 & 5 dulu, cita-cita ingin menjadi seorang guru pendidikan khas sekali pula timbul dalam hatiku yang sedang menggoyahkan ketika itu. Wahai budak sengal ini........ Ish ish ish. [menggeleng kepala + facepalm]


"Saya faham STPM itu memang sangat susah. Tapi apa salahnya jika saya tak cuba dulu? Kita belum cuba belum tahu, kan? Saya yakin boleh cuba walaupun sedar akan betapa susahnya soalannya", kata lebar aku. Penuh dengan yakin diri sendiri. Itulah aku sebenarnya. Cett poyo semata-mata. Harap anda tak gelak.


Si senior menggeleng-gelengkan kepalanya seolah-olah sudah putus asa untuk memberi nasihat kepada aku lagi. Aku faham akan perasaan abang itu. Apa pun tak boleh. Semua itu adalah ketentuan aku sendiri. Cett.. Kemudian, aku memerhatikan gerak geri wajah dia dari pandangan yang dekat. Montelnya muka abam. Amboi... Opss!


"Aduh. So, dimanakah kau mahu belajar nanti?", tanya senior dengan wajah agak kesal.


"Di sekolah Penang!", pantas jawap aku yang baru sahaja semester satu bernada begitu semangat. Mudah. Simple. Ehem..


Jujurnya, aku pernah mendapat tawaran sambung belajar STPM dari SMK Skudai di Skudai yang terletak di pertengahan Johor Bahru. Tetapi aku tidak mahu belajar di sana. Sebaliknya, ingin menukarkan diri berpindah ke Penang. Masa itu aku belum masuk politeknik lagi. Tidak lama kemudian, abang yang wajahnya kesal kini telah bertukar kepada sedikit ceria walaupun hatinya mungkin kecewa. Maafkan aku!


"Oh, okey tak apa. Abang berharap awak tidak akan menyesal selepas ini nanti. Juga berharap semoga awak berjaya dalam kehidupan awak kelak. Kalau boleh, fikir dengan masak-masak, ya", kata-kata harapan dia lalu berpegang atas sebelah kiri bahu aku. Perghhh tersentuh dirasanya. Sobs! Ehh ore laki takleh nangis-nangis. Malu kaw.. [loghat tak betul]

Allahuakbar Allahuakbar.... Allahuakbar Allahuakbar... Ashhadu alla ilaha illallah.... Ashhadu alla ilaha illallah.... [azan sedang dilaungkan dari masjid]

Sejak itu, kedengaran azan solat Jumaat telah berkumandang yang agak kuat didengari warga politeknik termasuk para penghuni asrama yang sangat dekat dari masjid kepunyaan politeknik. Selepas itu, abang itu bangun dan meminta diri dan meninggalkan bilik asrama aku setelah bersalaman saya. Lalu aku duduk di atas katil sambil berfikir selepas peristiwa tadi. Fikir masak-masak bagi memastikan aku tidak silap langkah kemudian. Kata-kata abang senior itu telah membuatkan hati aku menjadi resah. Untuk menenangkan jiwa yang dikacau-bilau, lantas aku meninggalkan asrama dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sesungguhnya solat itu dapat menjiwakan kekotoran hati seseorang, allahua'alam... [bermuhasabah diri]


**** Tamat ****



Batu Pahat,
Johor.

Sunday, May 11, 2014

Serba Salah

Kuih cincin dalam sebalang.


wahai manusia... manusia...
kadang kala manusia sering melakukan kesilapan...
dari mana datangnya kesilapan manusia ini...
adakah ini dek nafsu yang berjaya mengalahkan jiwa iman mereka...
wahai manusia...
sedarkanlah diri wahai manusia...

p/s : ada baiknya kesilapan ini boleh menginsafkan diri sendiri sampai rindu nak makan kueh cincin. Ehhh?!


Desasiswa Aman Damai,
USM, Pulau Pinang.

Monday, April 21, 2014

Lagu #1 | Rast - Hujan Gerimis


Hujan gerimis
Masih belum berhenti
Tiada dapat ku pulang
Terasa ingin ku tatap wajah
Membelai manja
Agar hilang lelah dan resah

Hujan gerimis
Yang akan menemani
Perjalananku pulang
Tiada dapat lagi ku tunggu
Terasa rindu
Untuk bersua denganmu

Ini bukan satu ilusi
Hanya kasih yang abadi

Hadirmu bawa cahaya
Tersenyum gembira
Anugerah yang Maha Esa

Dikau cahaya
Tika malam menjelma
Sinarmu menyuluh
Lorong gelita
Bila dewasa
Jadi insan berguna
Taat perintahNya
Sentiasa..

-----------------------------------------------------------------------------------

Desasiswa Aman Damai,
USM, Pulau Pinang.